Minggu, 29 Desember 2013

Video Jam Pintar Android Dilancar Pada Disember

Video: Jam Pintar Android Dilancar Pada Disember

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, kini satu lagi peranti jam pintar bakal menembusi pasaran dunia.
Setiap kali kita mendengar akan perkataan Android, perkara pertama yang terlintas di fikiran semestinya Google dan hampir kesemua pengguna tahu bahawa Android adalah lebih daripada sekadar sistem operasi yang dimajukan oleh syarikat pencarian gergasi ini.

Baru-baru ini, Google telah mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan peranti jam pintar pertama yang menggunakan sistem operasi Google Android di pasaran.

Bakal dilancarkan Disember tahun ini, Android SmartWatch berfungsi hampir sama seperti mana-mana jam pintar yang telah diperkenalkan pada pengguna seperti Pebble, Galaxy Gear dan Sony Smartwatch 2 yang membolehkan pengguna mengawal fungsi asas seperti membuat, mengambil panggilan, membaca notifikasi dan kawalan senarai muzik yang sedang dimainkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar