Himpunan Haram Malam Merdeka yang berselindung di sebalik slogan "Janji Bersih" pada awalnya dan ditukar disaat akhir oleh pihak penganjur nampaknya memakan diri sendiri. Bahkan sejak dari Bersih siri 1 lagi ada saja insiden yang terjadi samada secara sedar atau lakonan atau tak dapat dikawal.

Pihak Penganjur yang umumnya sudah mengetahui bahawa mereka hanyalah digunakan sebagai binatang tunggangan oleh Pakatan Haram akan cuba sebaik mungkin mengeluarkan kenyataan yang rakyat sudah dapat jangka, "kami tidak terlibat..", "kami tak tahu.."..dan yang paling skima.." ini mesti kerja UMNO.."..semua ungkapan ini seolah olah dianggap menjadi perisai yang ampuh untuk mereka melepaskan diri kiranya ada insiden berlaku.
Kini Himpunan Haram Malam Merdeka juga tak lepas dari berlaku insiden yang memalukan mereka sendiri. MI ambil kesempatan menyenaraikan beberapa insiden yang jelas menunjukkan Ahli Himpunan Haram ini adalah binatang tunggangan Pakatan Haram yang semua rakyat Malaysia tahu siapa ketua mereka !

1. Insiden mengibarkan Bendera Komunis oleh anak muda
2. Insiden menyebarkan risalah Tukar Jalur Gemilang
3. Insiden Pijak Potret Perdana Menteri & isteri
4. Insiden menunjukkan kelucahan separuh bogel, dengan tunggeng punggung kepada potret pemimpin No 1 negara. Klik di SINI
5. Insiden mengganggu lalulintas kononnya menjadi Polis Trafik dan mengambil kesempatan meraba gadis yang membonceng motor. Klik di SINI untuk anda lihat sendiri VIDEO kelakuan porno mereka.
Melalui siri beberapa insiden di atas, pihak yang kononnya sebelum Himpunan Haram Malam Merdeka cuba menonjolkan diri sebagai KEPALA perang, kini mula menjadi seekor tikus mondok yang tinggal di tempat paling busuk sebagai sarang.
Samad Said, bekas Sasterawan Negara, kononnya berani dalam setiap luahan hati di hamburkan melalui sajak, kini menikus dan menggigil ketika di balai polis. Beliau dengan wajah pucat lesi seolah mayat hidup mengaku bahawa Beliau Bukan PENGANJUR !
Baca pengakuan beliau di UTUSAN ketika beliau dan Maria Chin Abdullah dipanggil ke Balai Polis Daerah Dang Wangi. Rakyat Malaysia wajib lihat bagaimana strategi yang kononnya terbaik mereka gunakan setiap kali binatang peliharaan Pakatan Haram ini selesai membuat onar di Kuala Lumpur. Kali ini Ambiga sendiri bertindak menjadi peguam dan bukan lagi kepala yang menerajui Himpunan Haram bersiri ini.
Apakah kali ini Maria Chin terkena dengan game Pakatan Haram ? atau memang ini perancangan yang diaturkan oleh Tuan mereka yang bersenang lenang di pentas Dataran Shah Alam.
Apakah ini Himpunan Haram terakhir yang akan mereka lakukan atau di masa akan datang akan ada binatang baru sebagai Kepala baru yang bakal terus menerus membuat huru hara di Kuala Lumpur ?
Yang anehnya, kemana semua pemimpin atau wakil rakyat Pakatan Haram ketika Himpunan Haram Malam Merdeka ? Dulu merekalah beria sangat tunjukkan bahawa mereka contoh pemimpin yang sanggup bersama rakyat dalam apa jua sekali pun. Mana ?
Bagi MI, kalau dah A Samad Said telur dah hilang keduanya maka pihak polis patutnya angkut semua yang ada dalam gambar ini, mereka yang hadir ketika membuat kenyataan akhbar, siasat semua sekali dan akan tahu siapa sebenarnya kepala binatang peliharaan Pakatan Haram.
Pihak Polis tak perlu terikut rentak kumpulan yang kononnya mengaku bahawa merekalah Ahli Jawatan Kuasa Himpunan Haram pada Malam Merdeka. Usah menari dengan rentak mereka yang sengaja mencipta Malam Hitam bagi sejarah negara Malaysia MERDEKA.
Jangan sampai rakyat cuak dan muak dengan pihak berkuasa dan Kerajaan BN yang dilihat terlalu berlembut, sudah kedengaran kemarahan rakyat.."kiranya Kerajaan BN tak mampu selesaikan atau bendung kumpulan pencetus huru hara negara maka kita TUKAR saja Kerajaan BN..."

UTUSAN
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung Perhimpunan Janji Bersih ketika berhimpun di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu.
Kedua-dua individu terbabit hadir bersama peguam, Datuk S. Ambiga dan Latheefa Koya pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan keluar kira-kira dua jam selepas memberi keterangan.
Menurut A. Samad, beliau hadir memberi keterangan setelah memperolehi notis arahan polis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah untuk tampil memberi keterangan semalam.
"Saya bukan penganjur tetapi dijemput untuk mendeklamasikan sajak pada sambutan ambang kemerdekaan namun polis juga tidak menyentuh mengenai puisi yang dibaca pada hari tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Malaysia-Instinct
Tidak ada komentar:
Posting Komentar